‘Crazy Rich Asian’, Chryseis Tan Serikan Pelancaran OPPO R17 Pro

1477
- Iklan -

Sebelum ini kami ada berkongsi berita dengan anda mengenai pelancaran rasmi OPPO R17 Pro di Malaysia pada 22 November ini. Lebih istimewa, pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran ‘Crazy Rich Asian’, Chryseis Tan.

Siapa yang tidak kenal dengan Chryseis Tan, seorang usahawan berjaya yang memegang beberapa jawatan seperti Executive Director of Berjaya Assets Berhad, Head of Marketing of Four Seasons Hotel and residence dan juga pemilik Le Juceria. Keperibadiannya yang berjaya juga sepadan dengan komitmen OPPO terhadap peranti terbaharunya ini.

OPPO R17 Pro menyokong sistem tri-kamera 12MP + 20MP + TOF 3D serta turut hadir dengan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin pada paparan skrin yang berukuran 6.4 inci AMOLED. Keunikan pada OPPO R17 Pro semestinya kehadiran dua bateri berkapasiti 1850mAh yang membawa sejumlah 3700mAh kuasa bateri. Sistem pengecasan pantas Super VOOC mampu memberi kuasa bateri sebanyak 40% hanya dalam 10 minit masa mengecas.

Jangan lupa untuk menonton live semasa pelancaran OPPO R17 Pro di Facebook OPPO Malaysia.

Baca juga: