OPPO R17 Pro – Gergasi 3 Kamera + 2 Bateri + 1 Skrin Titisan Air

Awal bulan Ogos ini OPPO telah melancarkan peranti baharu R17, ia merupakan peranti pintar pertama yang menggunakan paparan skrin Gorning Gorilla Glass 6. Terkini versi peningkatan iaitu R17 Pro turut diperkenalkan di negara China, dengan sebilangan spesifikasi premium dilengkapi padanya.

Salah satu keunikan pada R17 Pro adalah melengkapi sistem tri-kamera pada panel belakang yang berwarna cerun. Gabungan lensa 12MP + 20MP + TOF 3D bukan sahaja menjamin hasil penggambaran yang luar biasa, bahkan lensa ketiga iaitu 3D TOF juga berperanan sebagai imbasan untuk tiga dimensi.

Sensor TOF 3D

Di bahagian panel belakang tiada rekaan pengimbas cap jari, kerana OPPO R17 Pro juga menggunakan teknologi pengimbas cap jari dalam skrin pada paparan skrin yang berukuran 6.4 inci AMOLED.

Seperti peranti sedia ada di pasaran, sokongan sepenuhnya pada permainan menjadi keutamaan pengguna masa kini. OPPO R17 Pro membekalkan cip pemproses Snapdragon 710 Octa-core 2.2GHz bersama kad grafik Adreno 616. Memorik dalaman sebesar 8GB RAM memastikan pengoperasian berjalan dengan lancar, manakala storan 128GB ROM menawarkan ruangan penyimpanan yang cukup memuaskan.

Satu lagi keunikan pada OPPO R17 Pro semestinya kehadiran dua bateri, masing-masing berkapasiti 1850mAh yang membawa sejumlah 3700mAh kuasa bateri. Sistem pengecasan pantas VOOC pada OPPO sering mendapat pujian, kali ini Super VOOC dibekalkan pada R17 Pro, bermakna ia mampu memberi kuasa bateri sebanyak 40% hanya dalam 10 minit masa mengecas.

Ia dijual pada harga RMB4,299 (kira-kira RM 2465) mulai Oktober di negara China, pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi.

 

 

You might also like