Bersama Jelajah Samsung Galaxy Note9 Dan Menangi Ganjaran Hebat

Kehadiran Samsung Galaxy Note9 berjaya mencatat hasil pra-tempahan yang mengejutkan di pasaran tempatan, berikutan dengan kehangatannya dan juga sempena Hari Merdeka, Samsung Malaysia menganjurkan promosi jelajah Galaxy Note9 berlangsung dari 24 hingga 26 Ogos 2018.

Senarai lokasi jelajah
Kawasan Lokasi
Wilayah Suria KLCC, Kuala Lumpur (24th hingga 27th Ogos, 10am – 10pm)
Selatan AEON Tebrau, Johor Bahru (24th hingga 26th Ogos, 10am – 11pm)
Utara Queensbay Mall, Penang (24th hingga 26th Ogos, 10am – 10pm)
Pantai Timur East Coast Mall, Kuantan (24th hingga 26th Ogos, 10am – 10pm)
Malaysia Timur Surian Sabah, Kota Kinabalu (24th hingga 26th Ogos, 10am – 10pm)

 

Dalam promosi jelajah ini, 1,000 pelanggan pertama yang membeli Galaxy Note9 berhak mendapat hadiah eksklusif secara PERCUMA termasuk Pelan Perlindungan Skrin Samsung, Pad Pengecas Tanpa Wayar dan selfie stick bernilai sejumlah RM515. Anda juga boleh menerima rebat tunai sebanyak RM999 bagi pembelian Galaxy Note9 yang kedua.

Jelajah Suria KLCC Kuala Lumpur bermula hari ini dimeriahkan lagi bersama selebriti tempatan, tarikh dan waktu bertemu boleh rujuk di bawah:

  • 24hb Ogos 2018, 4pm~6pm: Aiman ​​Hakim & Farah Nabilah
  • 25hb Ogos 2018, 2pm~4pm: Elizabeth Tan
  • 25hb Ogos 2018, 4pm~6pm: Ismail Izzani
  • 26hb Ogos 2018, 2pm~4pm: Finalis Miss Astro Chinese International 2018

Samsung Galaxy Note9 ditawarkan pada harga runcit RM3,699 untuk varian 128GB dan RM4,599 untuk varian 512GB. Peranti baharu ini akan hadir dengan pilihan warna Midnight Black dan Copper Metallic dengan warna S Pen yang sepadan, manakala warna Ocean Blue dipadankan dengan S Pen berwarna kuning.

 

Unboxing! Gergasi Samsung Galaxy Note9 ↓↓↓

 

Baca Juga:

 

 

You might also like