Redmi K20 Pro Diperkenal – Sokong Snapdragon 855 + Rekaan Pop Up + Kamera Utama 48MP

Seperti yang dijanjikan, Redmi hari ini secara rasminya memperkenalkan pewaris baru mereka iaitu Redmi K20 Pro kepada umum dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di China, sebentar tadi.

Redmi K20 Pro membawakan paparan penuh bersaiz 6.39″ AMOLED dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel). Peranti ini dibina dengan rekaan pop-up dan menawarkan nisbah skrin-ke-badan yang tinggi iaitu 91.9%. Bezel pada peranti juga kelihatan nipis dengan ukuran 2.1mm dan ketebalan 3.8mm.

Kuasa dalaman Redmi K20 Pro menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 yang dipadankan dengan GPU Adreno 640 sebagai tunjang utama. Pilihan memori yang dibekalkan adalah sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB ROM. Peranti ini turut diselitkan ciri Game Turbo 2.0 bertujuan mengoptimumkan prestasi peranti.

Untuk kamera, Redmi K20 Pro mempunyai tiga kamera utama : 48MP (Sony IMX 586) + 13MP + 8MP. Mengiringinya, kamera selfie dengan 20MP. Kamera Redmi K20 Pro turut menyokong video gerak perlahan 960fps.

Melengkapinya adalah bateri berkapasiti 4,000 mAh dengan pengecasan pantas 27W. Redmi K20 Pro dilengkapi pengimbas cap jari generasi ke-7. Sistem operasi digunakan adalah MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie. Peranti ini juga dilengkapi sejumlah ciri lain seperti audio Hi-Res, Bluetooth 5.0, NFC, USB-C dan audio jack 3.5mm.

Tersedia dalam beberapa warna menarik seperti merah dan biru, peranti ini ditawarkan di pasaran China pada harga berikut :

  • Redmi K20 Pro (6GB + 64GB) – RMB2499 (~RM1517)
  • Redmi K20 Pro (6GB + 128GB) – RMB2599 (~RM1578)
  • Redmi K20 Pro (8GB + 128GB) – RMB2799 (~RM1699)
  • Redmi K20 Pro (8GB + 256GB) – RMB2999 (~RM1821)

[ Redmi K20 Diperkenal – Sokong Snapdragon 730 + Kamera Utama 48MP + Bateri 4,000mAh ]

 

You might also like