[TERTIRIS] : Harga Jualan Siri Xiaomi CC9 Kini Tersebar Di Arena Web

Sedia maklum, Xiaomi kini bersedia untuk memperkenalkan pendatang baru iaitu Xiaomi CC9 hari ini dalam sebuah acara pelancaran dijadualkan berlangsung di Beijing, China. Xiaomi bakal memperkenalkan tiga buah model di bawah siri ini – Xiaomi CC9, Xiaomi CC9e dan Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition.

Menjelang pelancaran, harga jualan untuk model-model tersebut kini ‘terlondeh’ dan tersebar meluas di media sosial. Berikut adalah senarai harga tertiris :

  • Xiaomi CC9 – RMB2,499 (kira-kira RM1,508)
  • Xiaomi CC9e –  RMB2,199 (kira-kira RM 1,327) – (ANGGARAN)
  • Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition – RMB2,999 (kira-kira RM1,809)

Pun begitu, maklumat tertiris masih belum diketahui kesahihannya. Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi tuan empunya badan. Xiaomi pastinya menjanjikan sesuatu yang istimewa buat semua peminat setia. Kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut!

You might also like