OPPO Reno Sunset Rose Diperkenal Secara Rasmi – Binaan Elegan Berharga RM1,999

OPPO secara rasminya memperkenalkan OPPO Reno edisi Sunset Rose untuk pasaran tempatan. Tampil dengan keistimewaan tersendiri, varian warna baharu ini pastinya menepati cita rasa pengguna hari ini. Ditambah dengan idea binaan elegan, tidak keterlaluan jika dikatakan ia mampu menjadi trendsetter.

OPPO Reno Sunset Rose masih mengekalkan ciri-ciri dalaman yang sama seperti model sebelum ini dan mensasarkan kepada mereka yang begitu fanatik akan warna merah jambu. Apa yang lagi istimewa, acara pelancaran turut diserikan oleh pelakon terkenal, Elfira Loy sebagai tetamu undangan istimewa.

Jom kita layan galeri OPPO Reno Sunset Rose

Bagi yang berminat, OPPO Reno Sunset Rose ditawarkan pada harga RM1,999 dan boleh didapati menerusi beberapa saluran seperti OPPO Concept Store, pengedar sah OPPO, rakan kongsi e-dagang Lazada dan Shopee.

Lebih menarik, pelanggan yang membuat pra-tempahan awal boleh mengambil peranti mereka bermula 5 petang hari ini dan mereka juga akan menerima waranti perlindungan selama satu tahun secara percuma bernilai RM238.

Maklumat lanjut, sila layari OPPO Malaysia

 

SPESIFIKASI OPPO RENO SUNSET ROSE : 

  • Android 9 Pie + ColorOS6
  • Snapdragon 710
  • 6GB RAM + 256GB ROM
  • Dual Nano SIM
  • Paparan 6.4” OLED FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Nisbah ratio 19.5:9 / Corning Gorilla Glass 6
  • Nisbah skrin-ke-badan 93.1%
  • Kamera Utama: 48MP IMX586 (f/1.7) + 5MP (f/2.4)
  • Kamera Swafoto: 16MP (f/2.0)
  • Ultra Night Mode 2.0, Artistic Portrait Mode, 4K Video, Portrait Mode 2.0 & Soft Light
  • Bateri 3,765mAh + VOOC 3.0 Flash Charge
  • USB Type-C, Bluetooth 5.0
  • Hidden Fingerprint Unlock 2.0
  • Warna: Ocean Green / Jet Black / Sunset Rose
  • Harga: RM1,999

 

 

You might also like