
OPPO Malaysia hari ini telah mengesahkan bakal melancarkan model flagship terbaru mereka, OPPO Find X di pasaran tempatan tidak lama lagi. Buat pengetahuan semua, hampir empat tahun peranti dari siri ini diperkenalkan di pasaran. Walau bagaimanapun, buat masa ini pihak OPPO Malaysia masih lagi belum mengumumkan tarikh rasmi mengenai pelancarannya di Malaysia.
OPPO Find X dipadankan skrin penuh bersaiz 6.4-inci OLED dengan resolusi FHD+. Skrin ini memiliki nisbah skrin-ke-kerangka hampir 94 peratus dengan dagu nipis di bahagian bawah. Di sebelah belakang pula, peranti ini menggunakan panel berasaskan kaca yang kemas tanpa perumah kamera.
Dibekalkan dengan dwi kamera belakang 20MP + 16MP dan kamera swafoto 25 MP yang dilengkapi sensor 3D untuk ciri Omoji dan ciri Face Unlock, peranti canggih ini dijanakan oleh pemproses Snapdragon 845 diguna pakai bersama RAM 8GB dan storan seluas 256GB. Sumber kuasa pula berkapasiti sebesar 3,730mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC. OPPO Find X dioperasikan sistem antaramuka Color OS berlandaskan Android 8.1 Oreo yang menyokong AI (kecerdasan buatan) untuk lebih efisyen.

