Celcom Terbukti Hebat – Diiktiraf Dengan Pelbagai Anugerah!

Celcom Axiata Berhad telah memenangi beberapa anugerah yang mengiktiraf pelaksanaan beberapa inisiatif serta impak positifnya dalam memberikan pengalaman yang hebat kepada pelanggannya. Pada majlis Frost & Sullivan’s 14th Annual Malaysia Excellence Awards yang diadakan di Hilton Kuala Lumpur, Celcom telah dianugerahkan dengan anugerah bagi pencapaiannya bagi Pengalaman Pelanggan dalam Industri Komunikasi :

  • Excellence in Customer Experience – In Store Experience, 2018
  • Excellence in Customer Experience – Contact Centre, 2018

Selain itu, Celcom turut menerima anugerah Telecom IoT Service Provider of the Year bagi tahun yang kelima berturut-turut serta diiktiraf sebagai antara yang terbaik di kalangan rakan industri apabila memenangi anugerah Best Customer Service 2018 oleh TelecomAsia dalam satu majlis yang diadakan di Singapura.

Inisiatif utama Celcom turut merangkumi pengubahsuaian rangkaian bluecube Celcom dengan wajah baru dan segar serta pengalaman yang baru untuk pelanggan, meringkaskan proses dan memberi peluang kepada pekerja untuk lebih bertanggungjawab berhadapan dengan pelanggan di pusat khidmat pelanggan atau menambahbaik agenda latihan bagi ejen-ejennya di cawangan runcit serta pusat khidmat pelanggan bagi pengalaman yang lebih baik.

Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang diterapkan meliputi keseluruhan syarikat yang turut merangkumi Social Media Experience Hub dan memperkenalkan perkhidmatan Ejen Maya Pintar (Intelligent Virtual Agent service) yang canggih.

Michael Kuehner, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata pengiktirafan industri yang diterima di kedua-dua peringkat tempatan dan serantau merupakan hasil daripada inisiatif berterusan Celcom dalam memacu agenda berpaksikan pelanggan.

You might also like