Menangi Hadiah Menarik Dalam Peraduan Fotografi ‘Beauty in Malaysia’

honor Malaysia telah melancarkan peraduan fotografi yang diberi nama #BeautyinMalaysia yang menawarkan hadiah menarik berupa sebuah motosikal berjenama Itali, Vespa Primavera 150 serta tiga unit honor 10 untuk dimenangi.

Peraduan ini dibuka kepada pengguna telefon pintar honor sahaja bermula 2 Julai hingga 22 Julai 2018. Peraduan dibahagikan kepada tiga kategori utama, yang mana peserta perlu mengambil gambar bertemakan makanan, tempat serta orang di Malaysia.

  • Minggu pertama – Makanan di Malaysia: 2hb – 8hb Julai 2018
  • Minggu kedua – Tempat di Malaysia: 9hb – 15hb Julai 2018
  • Minggu ketiga – Orang di Malaysia: 16hb – 22hb Julai 2018

Gambar yang diambil perlu kelihatan unik dan menarik bagi membolehkan anda memenangi hadiah-hadiah yang disediakan oleh honor. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengambil bahagian dalam ketiga-tiga kategori untuk peluang menang yang lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Beauty in Malaysia’, anda boleh layari Facebook honor Malaysia.

You might also like