Ruangan Aplikasi Percuma Play Store

1160
- Iklan -

Semua orang sukakan tawaran, terutama sekali jika boleh mendapatkan sesuatu produk atau barangan secara percuma. Ini termasuklah aplikasi telefon pintar, namun agak sukar untuk mengetahui jika pembina aplikasi sedang melancarkan tawaran istimewa. Mujurlah Google ada memberikan akses yang mudah kepada pengguna Android untuk melihat aplikasi berbayar yang ditawarkan secara percuma.

Pengguna di beberapa buah negara sudah pun melaporkan melihat paparan Free App of The Week di mana ia menyenaraikan aplikasi yang sedang ditawarkan secara percuma kepada pengguna. Namun buat masa sekarang, paparan ini masih belum boleh diakses pengguna di Malaysia.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan aplikasi percuma, bolehlah muat turun Card Wars – Adventure Time yang ditawarkan percuma buat dua hari sahaja lagi (harga biasa RM 12.99).