Render Bocor, Adakah Ini Gambaran Rekaan Kamera Utama Google Pixel 5 XL?

Sudah menjadi kebiasaan, siri Google Pixel bakal mendapat kemas kini baharu pada setiap Oktober – kali ini dijangka muncul dengan dua model iaitu Google Pixel 5 dan Google Pixel 5 XL. Terkini, render pertama Google Pixel 5 XL dikatakan telah bocor. Render ini diperolehi daripada seorang youtuber dikenali sebagai Jon Prosser dari FrontPageTech.

Menurut Jon, Pixel 5 XL mempunyai 3 model prototaip dalam pembangunan. Prototaip pertama adalah seperti gambar dibawah, manakala lagi dua mempunyai perumahan kamera berbentuk segi empat sama seperti barisan Pixel 4 sedia ada. Pun begitu, ia hanya satu prototaip dan tidak bermakna sesebuah syarikat itu bakal menghasilkan rekaan berkenaan. Kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut!

[ S U M B E R ]

You might also like