[Ura-Ura] : Video Penggoda Baru Peranti Lipat Xiaomi Muncul Di Media Sosial?

Sebelum ini kami pernah berkongsi artikel mengenai munculnya sebuah video memperlihatkan peranti lipat misteri yang didakwa milik Xiaomi. Terkini, peranti tersebut muncul sekali lagi dalam sebuah video penggoda baru.

Menerusi video pendek tersebut, sekali lagi kita dapat lihat bagaimana rupa paras peranti berkenaan. Berbeza dengan HUAWEI Mate X dan Samsung Galaxy Fold, kaedah yang digunakan oleh Xiaomi untuk peranti ini dilihat sangat berbeza – paparan dengan lipat berganda. Video tersebut juga menunjukkan sistem operasi digunakan lebih banyak ciri MIUI berasaskan Android 9.

[BACA : Peranti Lipat Penuh Misteri Terdedah! Dilaporkan Buatan Dari Xiaomi! ]

Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan untuk mengetahui lebih lanjut, sama -sama kita nantikan tuan empunya badan muncul sendiri. Kekal bersama eRing untuk info terkini!

[SUMBER]

You might also like