Peranti Konsep Pertama Dari OnePlus Bakal Dirasmikan Di Acara OnePlus Special Event – 7 Januari 2020

Peranti konsep merupakan suatu tanda perkembangan teknologi masa depan, yang akan menjadi penghala kepada pengeluar dalam memperkenalkan barisan produk berteknologi moden.

Arena peranti mudah alih juga tidak pernah terlepas peluang memperkenalkan peranti konsep milik tersendiri, antaranya Xiaomi MIX Alpha, vivo APEX, vivo APEX 2019, Meizu Zero dan banyak lagi.

Baru-baru ini kami mendapati OnePlus akan mengadakan acara khas OnePlus Special Event pada 7 Januari di Las Vegas, hari ini acara khas tersebut telah disahkan oleh pihak OnePlus bahawa mereka akan mengumumkan kehadiran peranti konsep pertama OnePlus Concept One.

OnePlus 7T Pro

Menurut sumber, peranti konsep ini mungkin berupa peranti-boleh-lipat yang dilengkapi dengan sejumlah teknologi terkini seperti kamera di bawah paparan skrin, 100W pengecasan pantas, pengimbas cap jari paparan penuh, peranti tanpa port dan sebagainya.

Setakat ini masih tiada sebarang maklumat didedahkan oleh OnePlus, perkembangan lanjut ikuti laporan dari kami.

 

You might also like