
Honor Malaysia akhirnya telah melancarkan tiga model terbaru keluarannya untuk pasaran di negara ini dengan kemunculan dua buah smartphone iaitu 5X dan juga 7 Enhanced Edition yang merupakan versi peningkatan untuk model Honor 7 sebelum ini. Apa yang lebih menariknya, Honor Malaysia juga turut tampil dengan smartwatch pertama keluarannya iaitu model Band Z1 yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Honor Band Zero. Walaupun boleh dikategorikan sebagai peranti mampu milik, ketiga-tiga peranti ini menampilkan rekaan premium dengan penampilan kerangka yang diperbuat daripada logam. Malah Honor 5X dan juga Honor 7 Enhanced Edition ini juga turut dilengkapi dengan teknologi pengimbas cap jari yang menjadi trend pengeluar smartphone sejak kebelakangan ini. Ketiga-tiga model ini sudahpun boleh dimiliki secara eksklusif di laman jualan Vmall.
Spesifikasi Honor 5X![]() |
Spesifikasi Honor 7 Enhanced Edition![]() |
Spesifikasi Honor Band Z1![]() |
|
|
|
|
|
|




