Samsung Memperlihatkan Ujian Ketahanan Peranti Mereka Kepada Umum

2027
- Iklan -

Samsung komited untuk mendapatkan semula kepercayaan pelanggan selepas apa yang berlaku pada tahun lalu. Salah satu cara mereka untuk meyakinkan anda semua adalah dengan memberikan akses yang lebih dalam kepada ujian yang dilakukan kepada peranti terbaru mereka. Samsung berkongsi dua video ujian yang dilakukan kepada semua peranti mereka selepas ini. Dari video tersebut anda boleh menilai sendiri kemampuan peranti Samsung.

Video pertama adalah ujian rintangan air Samsung, di mana Galaxy S7 Edge telah diuji di bawah hujan simulasi, percikan dan ditenggelamkan di bawah 1.5 meter air selama 30 minit. Manakala dalam ujian kedua, Samsung menguji keteguhan fizikal peranti melalui ujian tekanan.