
“NeXT M1 – peranti 4G berkuasa dengan pengalaman pemilikan yang tidak dapat ditandingi serta pelan yang sedia untuk diguna, tanpa bayaran pendahuluan untuk hanya RM78 sebulan!”
“Tawaran peranti 4G paling lengkap ini hadir dengan data dan panggilan sedia untuk diguna, serta jaminan 24 bulan dengan penggantian segera.”
Anda mungkin telah mendengar mengenai sebuah peranti baharu yang akan diperkenalkan di pasaran. YES! BINGO! Hari ini Maxis, salah satu telco besar tempatan telah mengambil langkah menceburi bidang pasaran peranti 4G dengan melancarkan jenama sendiri yang dipanggil NeXT M1.
Dengan tawaran lengkap NeXT M1, para pelanggan akan menikmati:
- Peranti NeXT M1 – HD skrin 5.5 inci, kamera utama 13MP, cip pemproses Octa-core
- Data dan panggilan minit sedia untuk diguna – 4GB data dan 50 minit panggilan percuma
- Penjagaan muktamad – jaminan 24 bulan, penggantian segera dan perlindungan skrin selama 6 bulan
NeXT M1 boleh didapati melalui Maxis Online Store, Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara mulai 3 Mac 2017. NeXT M1 juga akan ditawarkan kepada pelanggan MaxisONE Business dan FlexiShare mulai akhir bulan Mac ini.
SPESIFIKASI
| Sistem Operasi | Android 6.0.1 (Marshmallow) |
| Cipset | MediaTek MT6755M |
| CPU | Octa-core (4 x 1.8GHz Cortex-A53 + 4 x1.0GHz Cortex-A53) |
| GPU | Mali-T860MP2 |
| Dimensi | 152.2 x 78.1 x 8.7 mm, 150g |
| SIM | Micro SIM |
| Paparan | 5.5 inci IPS LCD, 1080 x 1920 (~401ppi) |
| Nisbah Skrin-ke kerangka | 70.2% |
| Memori | 16GB ROM, 2GB RAM microSD (Sehingga 256GB) |
| Kamera | Utama: 13MP, LED flash • Autofokus, Face/Smile detection, Panorama, HDR Hadapan: 5MP, LED flash |
| Rakaman Video | 1080p @ 30fps |
| WiFi | 802.11 a/b/g/n |
| Bluetooth | v4.1, A2DP |
| NFC | Yes |
| Radio | Yes |
| USB | Micro USB 2.0 |
| Sensors | Accelerometer, Proximity, E Compass, Ambient Light, GPS receiver |
| Bateri | Li-Ion 2960mAh (Non-removable) |
| Warna | Dark Grey |


