

Astro kini menawarkan tiga (3) pakej kandungan tambahan baharu yang dilengkapi dengan kelajuan sambungan 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps. Pakej ini merupakan kerjasama antara Astro dan Maxis Home Fibre bagi memenuhi keperluan pelanggan yang menginginkan sambungan jalur lebar berkelajuan lebih tinggi.
Bagi yang berminat, kandungan Astro yang bermula serendah RM39.95 / bulan boleh digabungkan dengan pakej pelan jalur lebar baharu ini. Untuk setiap langganan 500Mbps dan 800Mbps akan didatangkan dengan dengan dua peranti Wi-Fi untuk liputan yang lebih baik.

Untuk pelanggan sedia ada, Astro menawarkan insentif khas sekiranya mereka berminat untuk mendaftar pakej jalur lebar dengan langganan Astro. Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati pengalaman Ultra secara percuma. Ciri-ciri ultra kotak termasuk 4K UHD, rakaman awan dan antara muka pengguna baru yang lebih mesra.
Selain itu, ia juga memaparkan cadangan kandungan lebih baik berdasarkan sejarah tontona dan keupayaan untuk merakam pelbagai. Pelanggan yang berminat dan untuk maklumat lanjut mengenai semua tawaran yang ada, sila layari Astro Broadband.

