Bekas Presiden Motorola Menyertai Google

876
- Iklan -

1.1 RickOsterlohGoogle sedang mempersiapkan satu divisyen perkakasan untuk memberi fokus sepenuhnya di dalam pembangunan peranti di bawah nama Google. Untuk menjayakan misi tersebut, Google telah melantik bekas presiden Motorola, Rick Osterloh untuk menerajui divisyen tersebut.

Fungsi utama divisyen ini adalah bagi meletakkan operasi peranti seperti Nexus, Chromecast, Chromebook dan Pixel C berada di bawah seliaan yang lebih menyeluruh dan di bawah satu bumbung. Selain itu Osterloh juga akan memantau masalah yang dihadapi Google dalam pembangunan projek ATAP (Advanced Technology and Projects Group) dan Google Glass.

Langkah penyusunan struktur ini menjadikan Osterloh orang kedua terpenting di dalam operasi Google. Beliau yang asalnya merupakan presiden di dalam Motorola terpaksa meninggalkan posisinya setelah pemegang saham membuat penstrukturan semula di dalam syarikat tersebut. Beliau dijangkakan akan terlibat secara langsung di dalam pembangunan peranti Nexus yang seterusnya, menurut ura-ura berkemungkinan besar HTC bakal menjadi pembina peranti Nexus. Kita tunggu dan lihat.