
Google Play Music Dikemaskinikan Untuk Sokongan Paparan iPhone X

iPhone X baru sahaja dilancarkan di negara ini pada 24 November yang lalu, dan aplikasi Apple Music sudah tentunya menjadi pilihan bagi mereka yang gemar mendengar muzik. Namun jika anda inginkan kelainan, Google Play Music kini telah menerima kemas kini terbaru yang akan menggunakan sepenuhnya paparan 5.8 inci OLED yang dimiliki oleh iPhone X.

Selain itu, kemas kini terbaru Google Play Music untuk platform iOS ini juga turut memperbaiki ralat pada aplikasi tersebut, dan dalam masa yang sama ia turut memastikan pengoperasian yang lebih optimum untuk iPhone X. Sebelum ini, Google juga dilihat telah menawarkan kemas kini aplikasi keluarannya untuk iPhone X seperti yang dapat dilihat pada Google Maps dan juga Google Docs.
Nota: Google Play Music di negara ini masih lagi tidak menyokong ciri langganan kandungan digital buat masa ini.
Muat turun: Google Play Music
Sumber: 9to5mac

