HONOR X10 Max Kini Rasmi – Hadir Dengan Sokongan 5G & Dijual Pada Harga Bermula Dari Kira-Kira RM1394!!!

683

HONOR kini telah melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai HONOR X10 Max yang mana i dijual pada harga bermula RMB2,299 iaitu kira-kira RM1394.

Buat yang tidak mengetahui, peranti ini dihadirkan dengan skrin yang sangat besar iaitu 7.09″ LCD FHD+.

Pemproses juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan Dimensity 800 5G dan dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB.

Dari aspek kamera pula, ia dihadirkan dengan sistem 3 kamera iaitu 48MP + 8MP + 2MPbagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula ia tampil dengan 8MP.

Kapasiti bateri juga besar apabila ia disertakan dengan 5000mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 22.5W.

Menariknya, peranti ini hadir dengan sokongan rangkaian 5G.