Cloud4C, Penyedia Perkhidmatan Terurus Awan Utama Dunia Lancar Operasinya di Korea Selatan

241

SEOUL, Korea Selatan, 3 Julai 2020 /PRNewswire/ — Cloud4C, Perkhidmatan Terurus awan yang terkemuka di dunia mengumumkan pelancaran operasinya di Korea Selatan. Cloud4C membawa pelbagai jenis perkhidmatan termasuk pemindahan awan ke penskala hiper, awan hibrid, perkhidmatan terurus awan, perkhidmatan pemodenan IT, perkhidmatan pemulihan bencana dan perkhidmatan keselamatan terurus antara lain. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada 60 Multinasional Global Fortune 500 dan hadir di 25 negara dan 50 lokasi.

Cloud4C, World’s leading Cloud Managed Services Provider, launched its South Korean Operations
Cloud4C, World’s leading Cloud Managed Services Provider, launched its South Korean Operations

Perniagaan di Korea Selatan yang ingin memulakan perjalanan transformasi digital atau pemodenan IT akan mendapat manfaat yang besar daripada portfolio perkhidmatan Cloud4C. Cloud4C ialah penyedia perkhidmatan terurus awan dengan perkongsian strategik yang utama bersama SAP, AWS, Microsoft Azure, Google Cloud Platform, sementara ia membawa platform awan awamnya sendiri. Ia telah membantu SAP melancarkan SAP HANA Enterprise Cloud merentas 25 negara dan menawarkan perkhidmatan kepada jenama-jenama global yang terkemuka di dunia.

Sridhar Pinnapureddy, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Cloud4C berkata, “Kami berbesar hati untuk melancarkan operasi kami di Korea Selatan yang merupakan ekonomi ke-12 terbesar di dunia dengan kedudukan geografi yang unik dan meneruskan dasar mesra perniagaan dengan potensi yang sangat besar untuk mencapai pertumbuhan. Kami merancang untuk mendayakan perniagaan di Korea Selatan melalui spektrum luas perkhidmatan kami bagi membantu mereka memenuhi keperluan perniagaan kritikal mereka melalui penawaran berbeza seperti awan komuniti perbankan, awan komuniti SAP, perkhidmatan pemindahan awan kepada penyedia awan hiperskala dan perkhidmatan terurus awan.” Beliau menambah lagi, “Kami membawa ke Korea Selatan pengalaman kerjasama kami dengan 4,000 perusahaan dari seluruh dunia untuk membantu CIO memulakan perjalanan transformasi digital mereka dan membantu mereka mencapai matlamat teknologi dan perniagaan mereka. Kami merancang untuk bekerjasama dengan CIO Korea Selatan bagi membantu mereka memainkan peranan yang lebih besar dalam mengembangkan strategi IT mereka dan mewujudkan Kepimpinan digital.”

Cloud4C merancang untuk menubuhkan Cloud4C Academy di Korea Selatan dengan kerjasama pihak Kerajaan dan Universiti-universiti IT yang terkemuka bagi melatih dan memupuk bakat tempatan dengan pendedahan industri yang mencukupi. “Kami menyasarkan untuk melatih belia di Korea Selatan dan mempersiapkan mereka untuk masa depan yang lebih cerah dalam pengkomputeran awan bagi membantu mereka mendapat pekerjaan dan akhirnya menyandang jawatan kepimpinan dalam industri,” kata Sridhar Pinnapureddy.

Baru-baru ini, syarikat telah melantik Peter Seo, Ketua Negara dan Naib Presiden, beliau akan ditempatkan di Seoul dan memberi hala tuju kepimpinan dan pertumbuhan untuk organisasi ini.

Peter Seo berkata, “Memanfaatkan perikatan sedia ada sebagai Pembekal Premium SAP HANA Enterprise Cloud, kami bermatlamat untuk menjadi rakan kongsi SAP nombor satu di rantau ini. Sebagai Pakar MSP Azure, rakan kongsi Perunding Termaju AWS, rakan kongsi perkhidmatan Terurus GCP dan OCI, kami mempunyai persediaan asas untuk membina sebuah ekosistem kolaboratif bagi membawa hasil perniagaan yang luar biasa kepada organisasi di Korea Selatan, China dan Jepun yang ingin memodenkan persekitaran IT mereka.”

Latar Belakang Cloud4C 

Cloud4C ialah Penyedia Perkhidmatan Terurus Awan yang terkemuka di Dunia yang menawarkan perkhidmatan kepada 4,000 pelanggan di 25 Negara dan 50 lokasi termasuk 60 Multinasional Global Fortune 500. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan awan (awam, persendirian dan hibrid) serta awan komuniti (Awan Komuniti Perbankan, Awan Komuniti SAP), pemindahan awan pada penskala hiper seperti AWS, Microsoft Azure, Google Cloud, perkhidmatan terurus awan hujung ke hujung, perkhidmatan pemulihan bencana dan perkhidmatan keselamatan terurus.

Syarikat ini merancang untuk meluaskan jejak geografinya ke 80 negara dan 160 lokasi di seluruh dunia dalam 36 hingga 48 bulan akan datang.

www.cloud4c.com 

Hubungan Media:
B.S.Rao
Naib Presiden dan Ketua Global (Perhubungan Awam dan Komunikasi)
bsrao@cloud4c.com

Logo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/cloud4c-penyedia-perkhidmatan-terurus-awan-utama-dunia-lancar-operasinya-di-korea-selatan.jpg 
Photo: https://ering.com.my/wp-content/uploads/2020/07/cloud4c-penyedia-perkhidmatan-terurus-awan-utama-dunia-lancar-operasinya-di-korea-selatan-1.jpg

Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Corporate Expansion New products/services

Source: PRNEWSWIRE