

HMD Global hari ini telah mengumumkan bahawa model Nokia 6.1 Plus akan menerima kemas kini Android 9.0 Pie bermula 8 November 2018, sementara Nokia 6.1 pula telahpun mendapat kemas kini Android 9.0 Pie bermula 2 November yang lepas.
Nokia 6.1 dan 6.1 Plus membawakan pengalaman Android 9 Pie tanpa perisian yang tidak diingini, perubahan gaya paparan UI atau proses tersembunyi yang mampu mengurangkan peratusan bateri anda. Ia juga dilengkapi dengan dengan perisian intuitif Google. Apa yang lebih penting, naik taraf berkenaan mengekal ciri-ciri terbaik Android 8.0 Oreo.

Penggunaan Android 9 Pie ini juga menjadikan kedua-dua telefon pintar ini yang paling efisen setakat ini. Perkembangan di dalam ciri-ciri pembelajaran mesin dan AI seperti Adaptive Battery dan Apps Action memastikan penyumberan tenaga dan pemprosesan yang lebih pintar, yang memastikan kecekapan fungsi telefon pintar dapat di capai.
Baca juga:
- Reviu Eksklusif : Ikut Trend, Nokia 6.1 Plus Tampil Skrin Penuh Bertakuk!
- Nokia 6.1, Nokia 6.1 Plus Bakal Terima Kemaskini Android 9.0 Pie
- Rasai Pengalaman Android 9 Pie Pertama Menerusi Nokia 6.1 Plus Dan Nokia 7 Plus
- Pemilik Nokia 6.1 Plus Boleh Mencuba Android Pie Dalam Versi Beta
- Nokia 6.1 Plus, Nokia 5.1 Plus Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia
- Nokia 6.1 & Nokia 8110 4G Kini Tiba di Malaysia – Berharga RM1,100 Dan RM285!
- Perbandingan Spesifikasi Siri Nokia 6

