
OnePlus 5T Bakal Hadir Dengan Warna Baharu, Sandstone
Pada awal kemunculannya, OnePlus 5T hanya diperkenalkan dalam satu warna pilihan sahaja iaitu Midnight Black. Beberapa bulan selepas model ini dilancarkan secara rasmi, OnePlus telah mengumumkan kemunculan warna baharu iaitu Lava Red untuk pasaran di China dan akan turut dijual di pasaran India bermula 26 Januari ini.
Nampaknya OnePlus 5T akan tampil dengan satu lagi warna baharu yang juga merupakan warna asal untuk model pertama OnePlus One yang diperkenalkan pada tahun 2014 yang lalu. Menurut gambar acah yang diterima di Internet, OnePlus 5T dengan warna Sandstone ini akan diumumkan pada 5 Januari 2018.
Walaubagaimanapun, sokongan spesifikasi OnePlus 5T dengan warna Sandstone ini masih dikekalkan sama seperti sebelum ini. Ini termasuklah paparan skrin Optic AMOLED 18:9 berukuran 6.01 inci dengan resolusi 2160 x 1080 piksel, pemproses Qualcomm Snapdragon 835, dwi kamera 16 Megapiksel + 20 Megapiksel, kamera depan 16 Megapiksel, dan juga bateri berkapasiti 3300 mAh.
Almost here. pic.twitter.com/5vg16yZa89

