ASUS ROG Zephyrus S Dan ROG Strix SCAR II Dijual Pada Harga RM7999 Dan RM7599

ASUS sekali lagi membuat kejutan kepada peminat dan pengguna di Malaysia apabila baru sahaja melancarkan 2 komputer riba gaming terbaharunya iaitu ROG Zephyrus S GX531 dan Strix SCAR II GL704.

ROG Zephyrus S GX531

Jika kita lihat dari aspek luaran ROG Zephyrus S GX531 adalah sebuah komputer riba gaming yang sangat nipis iaitu 15.75mm yang disertakan dengan paparan 15.6 inci. Apa yang pasti refresh rate berada pada tahap yang mengangumkan iaitu pada 144Hz dengan 3ms masa respond. Ia turut mendapat kelulusan standard ketenteraan.

Dari aspek spesifikasinya pula, ia disertakan dengan Core i7-8750H, grafik GTX 1060, 16GB RAM dan storan 512GB bagi PCIe SSD. Terdapat penambahbaikkan bagi model ini apabila ia didatangkan dengan dual front facing speakers.

Selain itu, ia turut disertakan dengan penambahbaikan rekaan thermal dengan 5 heatpipes. Turut disertakan dengan 12V AeroAccelerator fans dengan 83 bilah setiap satu. Ia kini mempunyai aliran udara yang lebih baik.

 

Strix SCAR II GL704

Selain daripada ROG Zephyrus S, ASUS turut melancarkan 1 lagi komputer riba gaming iaitu Strix SCAR II GL704 yang merupakan komputer riba gaming paling kompak pernah dihasilkan oleh syarikat tersebut yang mana ia telah dipadatkan ke dalam casis 15.7 inci.

Apa yang menarik dari segi rekaan luarannya ialah adalah kevlar dan tekstur rekaannya. Disertakan dengan Aura SYNC RGB lighting dan a desktop-style keyboard.

Sama seperti ROG Zephyrus S, ia didatangkan dengan 144Hz reresh rate dan 3ms masa respond dengan bezel yang sangat nipis iaitu 7.05mm. Paparannya juga meliputi 100 peratus sRGB warna gamut. Jadi anda akan mendapat warna yang sangat cantik ketika anda bermain permainan video.

Dari aspek spesifikasinya pula, ia dikuasakan dengan Core i7-8750H dan mempunyai 16GB DDR4-2666 RAM, 1TB Hybrid hard drive + 256GB PCIe SSD kombo storan dan grafik GTX 1060.

ROG Zephyrus S GX531 and Strix SCAR II GL704 kini tersedia di Malaysia masing-masing pada harga RM7999 dan RM7599. Bagi 30 orang pembeli pertama komputer riba ROG Zephyrus S yang membeli diantara 13 sehingga 15 Disember 2018 boleh menebus BP1500G ROG backpack yang bernilai RM159 secara percuma.

Dalam pada itu, ASUS turut melaksanakan Gaming Holiday Promotion yang mana pembeli yang membeli model ini dalam tempoh berpeluang memenangi telefon ROG Phone yang bernilai RM3499.  Tempoh promosi adalah dari 22 November sehingga 31 Disember.

Ketika majlis pelancaran tadi, ASUS turut memperkenalkan ROG backpack terbaharu dan t-shirt yang mana boleh dibeli oleh pelanggan bermula hari ini.

Terdapat 3 model ROG Bagpack yang dijual iaitu BP1500G, BP2500G dan 2 in 1 masing-masing dijual pada harga RM159, RM279 dan RM499.

Manakala bagi T-shirt pula, terdapat dua jenis rekaan iaitu Lifestyle dan Mechanic dan kedua-duanya dijual pada harga RM109.

 

________________________________________

Baca Juga:

 

 

You might also like