Reviu Eksklusif: Permainan Game Dengan ASUS ROG Phone Di Tahap Maksima

- Iklan -

HARGA: 128GB (RM3,499) / 512GB (RM3,999)

Dalam artikel sebelum ini, kita telah merungkai mengenai kehebatan spesifikasi ASUS ROG Phone. Kali ini kita akan lihat pula kehebatan telefon ini dalam memberi kepuasan kepada pengguna ketika bermain permainan video.

 

Paparan yang Mempersona

ASUS ROG Phone mempunyai 90Hz 1ms paparan AMOLED yang mempunyai 6 inci dengan HDR support. Ini akan memberikan kepuasan buat pengguna yang inginkan paparan visual yang menarik.

Kebanyakan permainan mudah alih berhenti pada 60fps, namun tidak bagi ROG Phone kerana ia mempunyai 90Hz refresh rate yang akan memastikan bahawa pengguna tidak ketinggalan sebarang frame.

Kualiti Grafik Permainan Mobile Legend Pada ASUS ROG Phone

Audio di Tahap Terbaik

Bagi menyaingi paparan visual dan pengawalan yang baik, sistem audio juga perlu seiring. Ini semua tidak menjadi masalah bagi telefon ini. Telefon ini mempunyai dual Smart Amplified speakers. Ia terdiri daripada 2 NXP 9874 amplifiers yang setiap satu untuk front facing speaker bagi memberikan kepuasan bermain game yang menakjubkan.

 

Ciri-Ciri Unik…

Bagi telefon ini, ia mempunyai beberapa ciri-ciri unik yang mampu membantu memberi pengalaman yang berbeza ketika bermain permainan game.

Game Center 

Game center akan memaparkan tahap GPU, CPU, berapa RAM yang digunakan dan berapa storan yang digunakan. Dalam pada itu, ia juga boleh mengaktifkan kelajuan Aero Active cooler. Apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah pasangkan Aero Active Cooler dan kemudian lakukan tetapan yang anda inginkan.

Dalam pada itu, bagi fungsi ini juga pengguna boleh membuat tetap Aura Lighting iaitu pencahayaan bagi logo ROG di bahagian belakang telefon ini. Anda boleh menetapkan patern nyalaan cahaya dan warna yang diinginkan pada logo tersebut. Pergi ke Game Center kemudian pilih advanced setting dan tetapan boleh dilakukan di situ.

 

X Mode

ROG phone ini dilengkapi dengan Performance boosting iaitu X Mode yang mana secara automatik akan membenarkan alat konfigurasi sistem, meningkatkan kekerapan CPU dan mengoptimumkan memori untuk bermain game.

Pengguna boleh membuka atau menutup X Mode daripada butang yang tersembunyi pada bahagian main drop down menu ataupun pada Game Center App. Anda juga boleh aktifkan dengan mengenggam telefon tersebut dan X Mode akan aktif.

Apabila X Mode telah aktif, wallpaper akan bertukar kepada Flame red dan logo ROG pada bahagian belakang telefon akan diaktifkan juga.

Mode ini akan memastikan anda tidak menerima sebarang gangguan ketika bermain. Ia juga mampu meningkat prestasi telefon ketika bermain game.

Cara untuk membuat tetapan bagi X Mode adalah pergi ke tetapan dan pilih advanced. Kemudian pilih Air Trigger dan pilih Long squeze. Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan X Mode.

 

Game Genie

Ini merupakan game support app yang boleh digunakan secara automatik apabila game mula dimainkan. Pengguna boleh menggunakan Game Ginie ini melalui menu pada navigation bar atau drop down menu. Jika anda slide skrin, anda akan dapat lihat satu butang yang mempunyai gambar joystick ini. Disini anda boleh membuat tetapan seperti tetapan untuk Air Trigger.

Game ginie ini menawarkan lock mode, no alert setting, speed up (mengosong memory cache), konfigurasi Air trigger (touch assistance), key mapping untuk papan kekunci dan tetikus, macros, merakam permainan dan live streaming.

 

Air Trigger

Telefon ini direka untuk memberi pengawalan sepenuhnya kepada pemain. Kebanyakan permainan video menggunakan skrin sesentuh untuk mengawal game tersebut yang mana ia memberi sedikit kesukaran swipe constantly dan menutup skrin.

ASUS ROG Phone ini dilengkapi dengan 3 set Supersonic sensor yang dipanggil Air Trigger. sensor ini boleh mengesan minimum tekanan 20g sebagai butang press signal dengan kurang 10 ms latency.

Ketika telefon di pegang secara mendatar (horinzotal), 2 set Air Trigger pada bahagian kanan telefon boleh digunakan. Ini sangat berguna sebagai butang trigger dalam FPS game. Bila kita menetapkan Air Trigger ini kita akan lihat butang L1 dan R1 pada paparan skrin.

Jadi anda boleh menetapkan fungsi L1 dan R1 dengan meletakkan butang ini pada fungsi tugas yang perlu dilakukan di skrin. Air trigger ini boleh dikonfigurasikan melalui Game genie app.

 

Game Cool System

Ia direka seperti sandwich yang berlapis. 3D Vapor-Chamber berada pada bahagian bawah, di bahagian tengah pula ialah copper heat spreader sementara carbon cooling pad berada di atas. Hal ini menawarkan ROG phone beroperasi sehingga 2.96 GHz bagi tempoh yang lama bagi permainan game yang lebih lancar dan persembahan yang mengagumkan.

 

Aero Active Cooler

Sungguhpun telefon ini sudah mempunyai Gamecool System, ia juga disertakan Aeroactive Cooler yang boleh ditanggalkan. Hal ini bagi memastikan telefon sentiasa dalam keadaan sejuk.Ini sangat berguna ketika pengguna bermain game sambil mengecas.

Pada bahagian Aero Active Cooler disertakan USB type-C dan audio jack yang mana tidak akan menganggu anda ketika bermain game. Jadi anda boleh bermain sambil mengecas telefon anda tanpa ganguan.

 

Bateri yang Mampu Bertahan Lama

Telefon ini di datangkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4000mAh yang mana membenarkan anda pengguna bermain game sehingga 7.2 jam, menonton video youtube melalui Wi-Fi 14 jam.Bateri telefon ini juga disertakan dengan pengecasan pantas iaitu QC4.0 yang boleh mengecas telefon dengan pantas.

Ia juga mempunyai hyper charge yang mana ia boleh dicas dengan wattage yang tinggi. Ketika bermain permainan mudah alih seperti PUBG, Mobile Legend, Free Fire, tiada sebarang lag ketika bermain. Grafik yang di pamerkan sangat menakjubkan.

 

Game Bench

Kami telah menjalankan ujian ke atas prestasi telefon ini ketika bermain game. Nyata ia mempamerkan prestasi yang menakjubkan dan ia mampu memberikan kepuasan buat pengguna.

Daripada ujian yang dilakukan, ASUS ROG Phone boleh mencapai sehingga 60 FPS tanpa sebarang gangguan menunjukkan bahawa grafik yang dipaparkan sangat menakjubkan.

Bagi menguji kesan grafik yang lebih tinggi, kami juga menguji dengan permainan game Asphalt 9, Mobile Legend dan PUBG. Telefon ini pastinya memaparkan grafik yang menakjubkan tanpa sebarang gangguan.

Ujian Gamebench ke atas Asphalt 9

 Ujian Gamebench ke atas Mobile Legend

Ujian GameBench ke atas PUBG

Daripada keputusan ini, tiada sebarang permasalahan yang timbul ketika bermain game mengunakan telefon ini.

 

Aksesori

Beberapa aksesori turut boleh digunakan dalam membantu memaksimakan kepuasan pengguna bermain game pada telefon ini.

Twinview Dock

Ia merupakan satu aksesori yang mempunyai paparan 6 inci AMOLED. Apabila ROG phone dipasangkan pada twinview dock dan sekelip mata anda mempunyai 2 skrin, 4 speaker, 2 pengawalan, heat dissipation tambahan dan bateri 6000 mAh . Ia memberi pada anda kawalan yang lebih baik.

 

Mobile Desktop Dock

Ia boleh disambung pada komputer. Ia membenarkan pengguna untuk menyambung pada paparan 4K UHD 60Hz menggunakan HDMI atau display port, papan kekunci, tetikus, audio jack 3.5 mm dan banyak lagi.

 

ASUS WIGIg Display Dock

Ia menggunakan advanced Qualcom 802.11ad 60 GHz wireless technology yang membenarkan pengguna untuk stream input daripada ASUS ROG Phone.

 

Gamevice Controller

Menyediakan dwi analog joystick yang meliputi di bahagian kiri dan kanan adalah fire trigger dan bumper, D-pad disertakan dengan A, B, Y dan L3 dan butang R3. Menggunakan controller ini, pengguna dan menikmati permainan video pada paparan skrin yang lebih besar.

Telefon ASUS ROG Phone ini pastinya mampu menarik golongan muda yang gemar untuk bermain game menggunakan telefon mudah alih mereka. Apa yang pasti, kepuasan ketika bermain game ini boleh dicapai menerusi telefon ASUS ROG Phone.

 

ULASAN…

Secara keseluruhannya, telefon ini sangat baik dari segi fungsi permainan game. Tiada sebarang gangguan yang timbul ketika bermain game menggunakan telefon pintar ini. Dengan spesifikasi telefon game ini, pastinya, kepuasan bermain game akan berada pada tahap maksima.

 

Unboxing! ASUS ROG Phone ↓↓↓

 

Baca Juga: 

 

 

 

You might also like