
Oktober ini, dunia gajet banyak menyaksikan kehadiran telefon pintar dengan ciri yang sangat menarik. Tidak mahu ketinggalan, Honor turut memperkenalkan sebuah telefon pintar ‘luar biasa’ mereka iaitu Honor 8X.
Kehadiran Honor 8X baru-baru ini ternyata berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus menjadikan orang ramai tidak berhenti-henti bercakap mengenainya sehingga ke hari ini.
Langkah memperkenalkan Honor 8X adalah amat tepat kerana ia dilihat sebagai telefon pintar yang inovatif jika dibandingkan dengan beberapa model ‘bangsawan’ lain antaranya seperti Samsung Galaxy A7 (2018) dan Vivo V11i.
Bagi yang sedang mencari telefon pintar berbaloi dengan harga mampu milik tetapi spesifikasi ‘padu’, Honor 8X adalah jawapan yang paling sesuai! Dan kenapa perlu dapatkan telefon pintar ini sekarang juga?
Paparan Realiti Terhebat, Serba Bergaya
Dengan slogan kata “Beyond Limits” dalam mempromosikan Honor 8X, telefon pintar ini nampaknya tampil lebih premium dengan menggunakan kualiti bahan binaan berasaskan gelas di bahagian hadapan dan belakang di samping paparan skrin hampir penuh.
Jika dibanding dengan Samsung Galaxy A7 (2018) dan Vivo V11i, paparan Honor 8X boleh dikatakan lebih menarik apabila hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci bersama nisbah skrin ke kerangka yang tinggi iaitu sehingga 91%.
Mempertaruhkan skrin besar sebagai tarikan utama, sememangnya Honor 8X ini akan memberi kepuasan maksima kepada pengguna terutamanya ketika bermain permainan mudah alih, menonton video mahupun melayari internet.
Di samping itu, ia juga mampu memberi pengalaman luar biasa di mana membolehkan pengguna melihat lebih banyak kandungan berikutan pandangan luas selain kurang “scrolling” apabila membaca artikel panjang.
Tidak seperti Samsung Galaxy A7 (2018) dan V11i di mana masing-masing dilihat hadir dengan saiz paparan lebih kecil iaitu 6.0 inci dan 6.3 inci. Rekaan yang digunakan jauh berbeza dengan Honor 8X.
Justeru, ia tidak mampu memaksimakan paparan skrin sekaligus memberi pengalaman yang agak terhad kepada pengguna. Aspek ini jelas menyaksikan Samsung Galaxy A7 (2018) dan V11i tidak mampu menyaingi Honor 8X.
Dijana Sistem Operasi Luar Biasa, Beri Kepuasan Maksima
Tidak dapat dinafikan, Honor 8X merupakan sebuah telefon pintar berkuasa tinggi. Sebab utamanya adalah Honor 8X ditawarkan pada harga di bawah RM1000 tetapi dilengkapi dengan cip pemprosesan tercanggih binaan Huawei iaitu Kirin 710 yang pasti memberi pengalaman penggunaan lebih lancar di samping pelayaran ‘multitasking’ cukup terbaik.
Tidak seperti Samsung Galaxy A7 (2018) dan Vivo V11i, V11i hanya menggunakan cipset MediaTek Helio P60 Octa-core 2.0GHz manakala Samsung Galaxy A7 (2018) pula didatangkan dengan Chipset Exynos 7885 Octa-core 2.2GHz.
Daripada aspek ini, jelas menunjukkan Honor 8X sememang lebih ke depan sekaligus kekal menjadi “raja” berbanding kedua-dua model tersebut. Malah ramai juga berpendapat, pengalaman menggunakan produk samsung agak mengecewakan kerana didakwa smartphone kerap kali ‘hang’.
Honor turut mengambil langkah bijak apabila menggunakan bateri berkapasiti 3750mAh bagi membekal tenaga yang mencukupi sekaligus menjadikan pengguna tidak lagi berdepan dengan sebarang masalah daripada segi bateri.
Ia turut dibantu oleh memori sebesar 4GB RAM bersama storan dalaman 128GB ROM. Jika tidak cukup, ia turut ditambah dengan kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 400GB, membolehkan anda menyimpan lebih banyak aplikasi tanpa perlu melakukan ‘pembersihan’.
Lebih seronok, Honor 8X turut dilengkapi dengan teknologi GPU Turbo binaan Huawei yang mana tidak terdapat pada mana-mana telefon pintar lain termasuklah Samsung Galaxy A7 (2018) dan vivo V11i. Fungsi ini dikatakan mampu memberikan pengalaman gaming yang terasa lebih nyata.
Keupayaan Penggambaran Terbaik, Hasilkan Foto Unik
Sangat terbaik! Itu adalah apa yang boleh dikatakan untuk kemampuan kamera pada Honor 8X ini. Anda pasti tidak akan kecewa dengan kualiti serta kecanggihan teknologinya!
Honor 8X menggunakan dwi-kamera utama beresolusi 20MP(f/1.8) + 2MP, mampu menangkap gambar dengan lebih teliti bersama warna-warni yang cukup menarik. Di samping itu, terdapat juga sistem penstabilan Imej Automatik (AIS) bertujuan mengurangkan kesan gegaran melalui teknologi AI (Artificial Intelligent).
Lebih canggih, fungsi AI pada Honor 8X turut boleh mengesan sehingga 22 subjek penggambaran antaranya seperti bunga, permandangan dan sebagainya yang mana kemudiannya menghasilkan gambar lebih baik secara automatik.
Bukan setakat itu sahaja, fungsi baru seperti Night Mode turut disertakan pada Honor 8X. Ia dikatakan cukup isitimewa kerana membolehkan kamera mengambil gambar pada waktu malam tanpa perlu menggunakan tripod. Kualiti dan warna yang terhasil kelihatan sangat menarik seumpama di dunia sebenar.

Meskipun Samsung Galaxy A7 (2018) dan Vivo V11i juga memfokuskan pada kualiti penggambaran namun fungsi night mode yang ada pada Honor 8X sememangnya tidak dapat ditandingi. Malah, fungsi night mode yang ditawarkan pada Samsung Galaxy A7 (2018) dan V11i menghasilkan kualiti gambar kurang memuaskan selain perlu menggunakan tripod untuk proses penangkapan.
Bagi swafoto, ia diuruskan oleh kamera beresolusi 16 Megapiksel di samping pelbagai ciri menarik yang dilihat berfungsi dengan baik meskipun dalam situasi pencahayaan rendah. Ia sekaligus dilihat menghasilkan gambar cukup menakjubkan seumpama kamera utama.
Ciri-Ciri Terkini Yang Membuka Mata Pelusuk Dunia
Tidak melampau jika dikatakan Honor 8X bakal menjadi yang terbaik di dunia apabila dilihat hadir dengan beberapa ciri menarik yang mungkin tidak terdapat pada sejumlah telefon pintar di pasaran masa kini. Antaranya:
• Elavator Mode
Honor 8X mempunyai sambungan semula 4G pantas yang membantu memulihkan sambungan mudah alih dengan cepat terutamanya ketika keluar lif atau terowong melalui fungsi Elavator Mode. Fungsi ini akan mengenal pasti isyarat mudah alih persekitaran anda sekaligus menyambung rangkaian telefon anda dengan pantas sejurus keluar daripada lif. Oleh itu, sebarang panggilan atau operasi lain kini tidak akan terjejas sama sekali.

• Fungsi Keselamatan Mata (Eye Comfort Mode)
Honor 8X mempunyai mode keselamatan mata generasi baru yang diperakui oleh TüV Rheinland di mana cahaya biru yang berbahaya telah ditapis keluar dan paparan kini ditetapkan pada tahap pencahayaan serta warna yang sesuai untuk pengguna. Oleh itu, fungsi ini menyediakan paparan yang lebih selesa untuk ditatap sekaligus mengurangkan tekanan pada mata pengguna terutamanya ketika menggunakan telefon dalam persekitaran gelap.
Mencipta Suatu Pengalaman Terbaik Buat Pengguna
Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar di pasaran, Face ID yang disertakan pada Honor 8X adalah jauh lebih selamat. Rekaannya didakwa 10 kali ganda lebih tepat kerana penggunaan lebih banyak titik laser di samping kamera beresolusi tinggi. Bagi yang suka berahsia, fungsi ini adalah paling selamat untuk anda!
Lebih menarik, Honor 8X turut dilengkapi dengan sistem audio Huawei Histen 5.0 – sistem audio 3D pelbagai saluran dengan sokongan Surround 7.1. Ia menghasilkan kualiti audio terbaik sekaligus memberi pengguna kepuasan mendengar muzik kegemaran. Fungsi ini juga tidak ditawarkan pada mana-mana telefon pintar lain.
Tidak hanya berfokuskan pada muzik, sistem audio ini turut membantu menapis bunyi-bunyi asing daripada persekitaran anda bagi memastikan setiap panggilan telefon yang dibuat dapat didengar dengan jelas.
Sekadar makluman, Honor 8X dijana dengan antaramuka EMUI terkini iaitu EMUI 8.2 yang dibina berasaskan Android 8.1 Oreo. Melalui antara muka ini, ia membawakan rekaan lebih kemas dan ceria di samping membolehkan anda untuk memilih beberapa tema menarik.
Revolusi Terbaik Dengan Harga MAMPU MILIK?!
Kehadiran Honor 8X ternyata sebuah pencapaian yang sangat terbaik dalam industri telefon pintar di Malaysia. Di mana, ia dapat dibuktikan dengan kejayaan menjual lebih daripada 1000 unit hanya dalam masa kurang daripada 20 minit pada hari pertama jualannya (12 Oktober) melalui laman e-dagang Shopee dan HiHonor.
Paling best, ia mengetengahkan pelbagai spesikasi ‘padu’ pada harga yang sangat mampu milik iaitu RM949 sahaja!! Kepada yang berminat, tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai kita bergaya dengan Honor 8X hari ini!
#Advertorial dari Honor Malaysia

