Terdedah! Xiaomi Mi 9 Mencapai Skor 107 Dari DxOMark – Berjaya Menduduki Tempat Top 3

Walaupun pelancaran Xiaomi Mi 9 masih belum tamat lagi, tetapi laman DxOMark telah pun mendedahkan skor tanda aras bagi peranti flagship ini. Dengan gabungan tri-kamera 48MP + 12MP + 16MP menjadikan ia peranti pertama Xiaomi dengan sokongan penggambaran yang cukup menakjubkan.

Skor DxOMark

Menurut DxOMark, Mi 9 secara keseluruhannya mencapai skor 107 dan ia adalah peranti Xiaomi terbaik yang diuji oleh mereka, berjaya menduduki tempat ketiga dalam carta DxOMark. Skor Photo 112 juga memperlihatkan keupayaan kamera peranti ini dalam menghasilkan gambar berkualiti tinggi.

Hasil Gambar

Walaupun Mi 9 sangat bagus dari segi gambar, namum lebih teruja lagi adalah ia bersinar dalam mod video. Skor video yang mencapai 99 mata ini adalah yang terbaik di dunia setakat ini, bayangkan peranti ini lebih bagus kualiti videonya berbanding peranti premium di pasaran, menakjubkan?!

Xiaomi Mi 9
iPhone XS Max
Huawei Mate 20 Pro

 

[ SUMBER ]

 

You might also like