Xiaomi Mi 9 Rasmi – Sokong Snapdragon 855 + Kamera 48MP + Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

1291
- Iklan -

Selepas banyak maklumat tertiris, Xiaomi hari ini secara rasminya memperkenalkan pewaris baharu mereka iaitu Xiaomi Mi 9 – menampilkan rekaan dinamik bersama elemen lebih segar.

Xiaomi Mi 9 menampilkan skrin AMOLED bersaiz 6.39 inci FHD+ bersama rekaan takuk kecil dan nisbah skrin-ke-badan 90.7%. Paparan peranti ini dilapisi Corning Gorilla Glass 6 sebagai pelindung utama.

Dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia juga disuntik ciri baru, Game Turbo serta dibekalkan bateri 3,300 mAh bersama pengecasan pantas 27W dan pengecasan tanpa wayar 20W.

Untuk fotografi, ia menawarkan tiga kamera utama : 48MP Sony IMX 586 (f/1.75) + 16MP (f/2.2) + 12MP (f/2.2), serta lensa 20MP untuk kamera swafoto. Mi 9 menyokong pengimbas cap jari pada skrin, di samping ciri lain : NFC, IR Blaster dan kualiti speaker lebih baik.

Pada masa sama, Xiaomi turut mengumumkan Xiaomi Mi 9 Transparent Edition yang kelihatan seakan Xiaomi Mi 8 Explorer Edition. Masih dijana cip pemproses Snapdragon 855, versi ini dipasang dengan memori 12GB RAM, storan 256GB. Sama seperti versi standard, peranti ini turut  membawakan paparan bersaiz 6.39 inci AMOLED dan sokongan tiga kamera utama 48MP.

Tersedia dalam beberapa warna menarik seperti Lavender Violet, Ocean Blue dan Piano Black, Xiaomi Mi9 ditawarkan di pasaran China pada harga berikut :

  • RMB2,999 (kira-kira RM 1,815) untuk versi 6GB + 128GB
  • RMB3,299 (kira-kira RM 1,996) untuk versi 8GB + 128GB
  • RMB3,999 (kira-kira RM 2,402) untuk versi 12GB + 256GB – [Xiaomi Mi 9 Transparent Edition]