ZTE Memperkenalkan Blade V7 Plus – Hadir dengan Spesifikasi Pertengahan

Selepas kehadiran ZTE Blade V7 Lite dan Blade V7 Max pada bulan Mei tahun lepas, kini terdapat tambahan dalam keluarga Blade, di mana model terbaru ZTE Blade V7 Plus telah dilancarkan hadir dengan spesifikasi pertengahan.

Peranti yang memiliki paparan bersaiz 5.2 inci ini dijana oleh set cip MediaTek MT6753 bersama RAM 2GB dan 16GB storan dalaman. Posisi kamera pula masih dikekalkan di bahagian tengah belakang bersama fungsi pengimbas cap jari di bawah lampu LED flash.

Namun, peranti ini hanya dibekalkan dengan bateri berkapasiti 2,540mAh, iaitu sedikit besar berbanding model terdahulu. Angka sebanyak ini, kami pasti anda sudah menggeleng kepala, tambahan lagi, anda juga tidak akan berhenti menggeleng kerana telefon pintar ini masih dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow.

Mengikut spesifikasi yang diterangkan ini, ZTE masih lagi meletakkan model 2017 di takuk lama, tidak seperti pengeluar-pengeluar lain. Buat masa ini, ZTE Blade V7 Plus dijual di pasaran Rusia dan Australia dengan tawaran warna sama ada Platinum Grey dan Ion Gold.

You might also like