Qualcomm Keluarkan Senarai Yang iPhone Sebenarnya Ketinggalan

Belum reda dengan kehangatan produk-produk terbaru keluaran Apple, Qualcomm dah mula rasa tidak senang duduk. Kali ini syarikat pengeluar cip terkemuka itu cuba untuk memperlekehkan syarikat dari Cupertino ini dengan mengeluarkan senarai teknologi iPhone terbaru yang sudah diguna pakai pada peranti Android.

Qualcomm juga berkata, “Hari ini sudah banyak teknologi dan pengalaman terbaru yang kami sudah tampilkan pada peranti kami (Android)”. Kenyataan itu juga merujuk kepada penggunaan ciri Gigabit LTE di semua peranti yang menggunakan Snapdragon 835.

Baca juga : Apple iPhone X – Telefon Pintar Termaju Dengan Skrin Hampir penuh

Syarikat ini juga menyenaraikan jenama pengeluar seperti Samsung, HTC, Motorola, dan LG sebagai contoh. Tetapi mereka tidak menyebut pula vivo atau Oppo sebagai syarikat yang berada di kelompok lima teratas telefon pintar dunia.

Senarai yang dikeluarkan oleh Qualcomm ini jelas dituju kepada Apple. Malah, perang teknologi antara Android dan iOS nampaknya tiada kesudahan.

Baca juga : iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus 32GB Berwarna Jet Black Mula Dijual

You might also like