
Skor DxOMark Paling Tinggi! Huawei P30 Pro Menerima Skor 112!
Siri HUAWEI P30 telah diperkenalkan secara rasmi di Paris, peranti ini sebelum dirasmikan turut menjadi tumpuan orang ramai. Apatah lagi kehebatan P20 Pro berjaya menjadi peranti kamera terbaik dari penanda aras DxOMark, jadi kebolehan kamera P30 Pro juga menjadi sasaran utama seluruh dunia.
Susulan pelancaran di Paris, DxOMark juga telah mendedahkan skor terkini bagi P30 Pro, di mana ia menerima skor 112 yang setakat ini paling tinggi.
Dari segi skor swafoto pula ia mencatat skor 89, manakala skor foto adalah 119 dan skor rakaman video adalah 97. Mengikut apa yang dilihat melalui skor tersebut, keupayaan siri P dan Mate 20 Pro masih tidak boleh dinafikan, sama juga kepada Samsung Galaxy S10+ dan Xiaomi Mi 9.
___________________
Artikel Berkaitan:
- HUAWEI P30 Pro Rasmi – Sokongan Empat Kamera Utama + Kirin 980 + Bateri 4,200 mAh
- HUAWEI P30 Rasmi – Skrin Takuk Kecil + Kirin 980 + Sistem Tri-Kamera
- HUAWEI Perkenal Fon Telinga Tanpa Wayar – HUAWEI Free

