HUAWEI P30 Pro Rasmi – Sokongan Empat Kamera Utama + Kirin 980 + Bateri 4,200 mAh

1152
- Iklan -

Selepas agak lama berita ketirisan mengenai HUAWEI P30 Pro dikongsikan, akhirnya HUAWEI telah pun memperkenalkan model tersebut kepada umum dalam acara pelancaran yang berlangsung di Paris, sebentar tadi.

Untuk spesifikasi, P30 Pro hadir sokongan skrin bersama rekaan takuk kecil mirip titisan air pada paparan bersaiz 6.47 inci OLED menyokong resolusi 2340 x 1080 piksel bersama ketersediaan pengimbas cap jari pada skrin.

HUAWEI menggunakan cip pemproses keluaran sendiri iaitu Kirin 980 yang dibantu memori 8GB dan pilihan storan sehingga 512GB. Ia juga menyertakan bateri berkapasiti 4,200mAh + pengecasan pantas 40W dan pengecasan tanpa wayar (15W). Ia turut menyokong fungsi ‘Wireless Reverse Charging’ untuk mengecas telefon lain yang menyokong fungsi Qi.

Pada kamera, P30 Pro hadir dengan empat kamera utama menggabungkan sensor : 40MP + 20MP + 8MP dan sensor TOF. Kamera swafoto adalah sebesar 32MP bersama ciri-ciri menarik untuk impak yang menakjubkan. Untuk makluman, P30 Pro menyokong penarafan kalis air IP68.

P30 Pro didatangkan dalam warna Black, Pearl White, Breathing Crystal, Aurora &  Amber Sunrise dan ditawarkan pada harga berikut :

  • 8GB + 128GB: Euro999 (~RM4,604)
  • 8GB + 256GB: Euro1099 (~RM5,065)
  • 8GB + 512GB: Euro1249 (~RM5,757)