HUAWEI P30 Rasmi – Skrin Takuk Kecil + Kirin 980 + Sistem Tri-Kamera

827
- Iklan -

Seperti yang dijanjikan, HUAWEI secara rasminya telah melancarkan waris baru di bawah siri P iaitu HUAWEI P30 dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di Paris, sebentar tadi.

HUAWEI P30 dilihat hadir dengan paparan 6.1 inci dengan resolusi 2340 x 1080 piksel bersama takuk sebesar titisan air pada atas peranti selain disertakan sokongan pengimbas cap jari yang terbina dalam skrin.

Dijana oleh pemproses Kirin 980, P30 didominasi oleh tiga kamera utama dengan sensor 40MP  + 16MP dan 8MP bersama sokongan LED flash. Kamera swafoto pula adalah sebesar 32MP dengan teknologi AI dan pelbagai ciri menarik.

Melengkapinya P30 adalah memori 6GB RAM yang dipadukan dengan storan sebesar 128GB. Bateri pada P30 adalah sebesar 3,650 mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui USB-C.

Tersedia dalam beberapa warna menarik seperti Black, Pearl White, Breathing Crystal, Aurora &  Amber Sunrise . P30 Pro dijual pada harga Euro799 (~RM3,682) untuk 6GB + 128GB.