Samsung Galaxy A9 Pro (2016), Rasmi Di Pasaran Malaysia

Gold_frontNampaknya Samsung semakin rancak memperkenalkan phablet milik mereka apabila mengumumkan Galaxy A9 Pro (2016) di pasaran Malaysia, berharga RM1,999 (termasuk 6% GST).

Menampilkan rekaan premium dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam, Putih dan Emas, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah perbezaan yang cuba ditonjolkan oleh Samsung pada model terbarunya ini kan?

Black_dynamicHadir dengan spesifikasi yang boleh dibanggakan, Galaxy A9 Pro (2016) masih menampilkan paparan skrin berukuran 6.0 inci dengan teknologi HD Super AMOLED. Menariknya, ia menyokong penggambaran utama dipertingkatkan kepada 16 Megapiksel berbanding 13 Megapiksel pada Samsung Galaxy A9 (2016) dan kamera depan masih dikekalkan beresolusi 8 Megapiksel yang boleh membuat rakaman video HD penuh.

Samsung Galaxy A9 Pro (2016) turut hadir dengan teknologi Fast Charging, yang boleh mengecas peranti lebih cepat berbanding pengecas biasa.

Spesifikasi

You might also like