HUAWEI Dilaporkan Telah Menfailkan Tanda Dagang “HongMeng” Di Malaysia?

KEJUTAN! KEJUTAN! KEJUTAN! Sekali lagi kita disajikan dengan kejutan apabila HUAWEI kini dilaporkan telah mendaftar penggunaan tanda dagang sistem operasi “HongMeng” di Malaysia.

Laporan yang memetik sumber, tanda dagang “HongMeng” telah ditemui menerusi semakan di pangkalan data MyIPO. Sumber turut mendedahkan ia telah didaftarkan oleh pihak HUAWEI sejak 24 Mei yang lepas.

Terdahulu, terdapat sumber mengatakan HUAWEI telah menfailkan tanda dagang sistem operasi “HongMeng” di Eropah dan sejumlah negara lain termasuk Kemboja, Kanada, Korea Selatan, dan New Zealand (data : Pertubuhan Harta Intelek Dunia PBB).

HongMeng dikatakan 60% lebih pantas berbanding Android dan dilaporkan telah diuji oleh beberapa pihak termasuk Tencent, Oppo, Vivo serta Xiaomi. Apa pandangan korang mengenai perkara ini?

[SUMBER

You might also like