Vivo Berkolaborasi Dengan Pin Prestige, Pamer Keungulan Vivo V15 Pro Dalam Rakaman Eksklusif

949
- Iklan -

Vivo Malaysia telah berkerjasama dengan majalah fesyen mewah dan gaya hidup Cina, Pin Prestige dalam satu rakaman fesyen eksklusif yang turut menyertakan Vivo V15 Pro. Ia sejajar dengan kempen Vivo’s Light Up Your Night yang memberi fokus kepada gaya dan fungsi vivo V15 Pro ketika merakam gambar ketika waktu malam.

Rakaman tersebut menyorot peranti Vivo V15 Pro yang disertakan dengan 32MP Elevating Front Camera pertama didunia.

Pengguna boleh merakam gambar bertaraf profesional disebabkan oleh 48 juta Quad Pixel Sensor1, 8MP AI Super Wide-Angle Camera dan 5MP Depth Camera. Kombinasi ini pastinya mampu menghasilkan gambar yang terbaik.

Dalam pada itu, ia turut dilengkapi fotografi AI termasuklah AI Face Beauty dan AI Portrait Framing. AI Super Night Mode yang baharu boleh memastikan gambar waktu malam yang sangat berkualiti tanpa memerlukan tripod atau kamera DSLR.

Selain itu, ia juga mampu merakam gambar dari pelbagai exposure yang kemudiannya digabung bagi mempertingkatkan kecerahan dan kejelasan. Ia secara tidak langsung menghasilkan gambar yang mampu merakam gambar malam dengan perincian yang baik.

Selain itu, paparan peranti ini yang dihadirkan dengan Ultra FullViewTM Display yang bersaiz 6.39 inci dengan Super AMOLED pastinya memberikan kepuasan tontonan. Bezel yang nipis ini memberikan nisbah skrin ke kerangka sehingga 91.64%.

Vivo V15 Pro dengan 6GB RAM kini dijual pada harga RM1699 manakala varian dengan 8GB RAM pula dijual dengan RM1899.