Samsung Gear S3 Serba Mewah

gear-s3-de-grisogonoGolongan yang mampu mendapatkan Apple Watch edisi 18 karat pastinya akan gembira mendengar berita ini kerana terdapat satu lagi peranti wearable serba mewah yang boleh dimiliki.

Pakar barangan kemas de GRISOGONO dari Switzerland telah mengesahkan bahawa mereka telah kerjasama dengan Samsung dalam penghasilan Samsung Gear S3 yang bernilai kira-kira USD 15,000 (RM 59,000). Dengan kemasan emas pada bahagian bezel dan 100 berlian hitam dan putih, tidak hairanlah kenapa ianya akan dijual pada harga tersebut.

de GRISOGONO tidak memberikan butiran spesifikasi yang jelas mengenai peranti tersebut, anda mungkin perlu menunggu sehingga acara IFA bagi mendapatkan spesifikasi penuh dan reka bentuk final peranti tersebut.

 

 

You might also like