Xiaomi Max Dilancarkan 10 Mei Ini

1.1Telefon pintar terbesar dari Xiaomi dengan skrin 6.4 inci sudah mula diperkatakan kebelakangan ini dan beberapa gamabar leak telah dapat dilihat di dalam laman-laman web. Menurut Lei Jun (CEO Xiaomi), smartphone yang akan dikenali sebagai Xiaomi Max itu bakal dilancarkan secara rasmi pada 10 Mei akan datang.

Namun beliau tidak memberikan apa-apa butiran terperinci tentang spesifikasi Xiaomi Max, dijangka akan hadir dengan skrin HD Penuh berukuran 6.4 inci, pemproses Hexa-core Snapdragon 650 berkelajuan 1.8GHz, kamera utama beresolusi 16 megapiksel dan kamera depan beresolusi 5 megapiksel.

1.2Dalam masa yang sama, Lei Jun juga memberikan sedikit teaser, di mana beliau memperagakan satu unit peranti wearable yang kelihatan seperti Mi Band. Apa yang menarik adalah Mi Band yang beliau pakai lebih besar, mempunyai butang fizikal dan paparan skrin. Ini sedikit sebanyak memberikan kita sedikit idea tentang hala tuju barisan produk Mi Band. Dikhabarkan juga Mi Band generasi baru ini bakal dilancarkan sekali bersama-sama Xiaomi Max.

 

You might also like