
‘Penampakan’ Realme U1 Tampil Lebih Jelas, Dedah Reka Bentuk Belakang Peranti?
Realme telah dilaporkan bakal memperkenalkan satu siri telefon pintar terbaharu keluaran mereka iaitu Realme U1 yang dijadualkan akan berlangsung di India pada 28 November depan.
Namun, apa yang lebih mengujakan adalah ianya merupakan telefon pintar pertama di dunia yang dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio P70! Walapun masih belum dilancarkan secara rasmi, namun rekaan Realme U1 sudah mula ‘dipertontonkan’ kepada umum buat pertama kalinya.
Memetik sumber, Ketua pegawai Eksekutif Realme iaitu Madhav Sheth telah dilihat mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar yang didakwa merupakan model Realme U1 pada acara Anugerah Teknologi Exhibit Tech 2018 yang diadakan baru-baru ini.
Berdasarkan gambar yang tular di media sosial itu, jelas menunjukkan bahawa penampilan belakang Realme U1 tidak begitu berbeza dengan Realme 2 Pro. Panel belakangnya kelihatan seperti diperbuat daripada kaca. Ianya juga dilihat dilengkapi dengan dwi-kamera utama di samping menyertakan pengimbas cap jari di belakang.

Namun, perkara ini masih hanyalah ‘ura-ura’ sahaja dan masih tidak diketahui sejauh mana kebenarannya. Jadi, sama-samalah kita nantikan perasmian dari Realme sendiri kelak!
[SUMBER], [SUMBER 1], [SUMBER 2], [SUMBER 3]
______________________________________________________________
Baca Juga:
- Realme U1, Model Pertama Bakal Dikuasakan Oleh MediaTek Helio P70?!
- Model RMX1833 Dengan Sokongan Helio P60 Muncul Di Geekbench, Adakah Realme 3?!
- Realme 2 vs Realme C1 : Beza RM100, Dapat EXTRA 1GB RAM + 16GB ROM Dan…
- Realme 2 Pro Dinobatkan Sebagai ‘Juara Telefon Pintar’ Di Shopee Men’s Festival
- Siri Realme 2 Diperkenalkan Di Malaysia – Harga Bermula RM449
- Ulasan: 6 Keunggulan Utama Pada Realme 2 Pro Yang Perlu Anda Tahu

