Model RMX1833 Dengan Sokongan Helio P60 Muncul Di Geekbench, Adakah Realme 3?!

Realme baru sahaja memasuki pasaran tempatan dengan tiga model iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan juga Realme C1. Kini ada satu lagi berita menarik ingin kami kongsikan berhubung sub-jenama OPPO ini, apabila satu lagi model terbaharunya telah membuat kemunculan pertamanya di pangkalan data penanda aras popular iaitu Geekbench.

Tampil dengan nama model RMX1833, peranti ini telah dijana dengan pemproses MediaTek Helio P60, sama seperti model pertamanya iaitu Realme 1. Walaupun buat masa ini nama model ini masih lagi kekal misteri, ada pihak yang berpendapat bahawa ia mungkin akan dikenali sebagai model Realme 3.

Jika perkara ini benar, ia merupakan peranti kedua daripada Realme menyokong pemproses MediaTek, memandangkan tiga model yang dilancarkan di Malaysia sebelum ini menyokong pemproses daripada Qualcomm.

Berdasarkan imej yang diperolehi juga, Realme RMX1833 turut dioperasikan dengan Android 8.1 Oreo, kapasiti RAM 4GB, dengan skor single-core sekitar 1,560 dan juga skor multi-core mencecah 5,926. Namun buat masa ini tiada imej yang berjaya diperolehi di Internet!

You might also like