Pertama Di Malaysia!! Xiaomi Dan Durian Man Perkenalkan e-SIM!

2355
- Iklan -

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan kerjasama mereka dengan Durian Man, yang membolehkan beberapa peranti Xiaomi menggunakan e-SIM buat pertama kalinya di Malaysia. Melalui e-SIM, tiada lagi kad SIM fizikal diperlukan bagi mengaktifkan talian kerana ia cip elektronik yang telah siap dipasang pada telefon pintar.

Pelan yang ditawarkan oleh Durian Man juga agak menarik, serendah RM14.15 untuk 4GB data dan 60 minit panggilan sehingga RM200 dengan tawaran data berkapasiti 128GB. Selain itu, Durian Man juga menawarkan perayauan data tanpa had di beberapa negara seperti Singapura (RM8), Thailand (RM5) Jepun (RM10), Hong Kong (RM5) serta China (RM5).

Durian Man menggunakan talian Celcom, jadi untuk liputan di tempat anda boleh rujuk dari liputan Celcom. e-SIM Durian Man juga hanya boleh digunakan serentak dengan satu kad SIM fizikal sahaja. Kepada yang berminat untuk melanggan e-Sim Durian man ini, boleh ke Mi Store terpilih iaitu:

  • Mi Store KLCC
  • Mi Store Pavilion
  • Mi Store Mid Valley
  • Mi Store One Utama
  • Mi Store IOI City Mall Putrajaya

Sebelum itu, pemilik telefon pintar Xiaomi Redmi Note 4X, Redmi 4A, Redmi Note 5A Prime, Redmi Note 5A, Redmi 5A, Redmi 4X, Redmi 5, Redmi Note 5, Redmi 5 Plus dan juga Redmi Note 4 perlu memuat turun aplikasi Durian Man. Manakala bagi pemilik peranti Xiaomi Mi 8, POCOPHONE F1, MIX 2S, Redmi Note 6 Pro, Mi Max 3, Mi 8 Pro serta Mi 8 Lite pula boleh terus menggunakan e-SIM kerana aplikasi ini telah siap dipasang.

Bagi menarik minat orang ramai, pendaftaran pelan Durian Man ini melayakkan pelanggan untuk menyertai cabutan bertuah dengan tawaran hadiah seperti telefon pintar Xiaomi dan juga kredit Durian Man. Sebarang keraguan boleh ke laman Facebook Xiaomi Malaysia.

Sumber