Jualan Eksklusif Lazada, Realme C1 – 22 November 2018, 10 Pagi!

1444
- Iklan -

Salah satu dari model Realme yang diperkenalkan di Malaysia pada 7 November yang lepas, Realme C1 akan mula dijual secara eksklusif di Lazada, mulai 22 November pukul 10 pagi sehingga 22 Disember 2018. Telefon pintar kelas pertengahan ini boleh dibeli pada harga tawaran RM399 (harga runcit: RM449) untuk tempoh masa terhad serta ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Mirror Black dan juga Navy Blue.

Sebelum itu, ada berita baik buat semua! Sekiranya pengikut Realme di Store Lazada mencapai 3,000 orang, Realme akan menawarkan seunit C1 dengan harga RM199 pada 20 November 2018, masa 10 pagi. Sementara apabila pengikut mencecah 5,000 orang, dua unit Realme C1 dijual pada harga serendah RM99. Tidak hanya setakat itu, bila pengikut meningkat kepada 7,000 orang pula, tiga unit Realme C1 boleh dibeli pada harga RM9. Akhir sekali, cukup 10,000 orang pengikut, empat unit Realme C1 akan dijual pada harga hanya RM1! Giler wehh…

Jadi korang tunggu apa lagi, cepat ramai-ramai ikuti Store Realme di Lazada sekarang dan bersedia pada 20 November 2018 ini, pukul 10 pagi.

Realme C1 hadir dengan paparan skrin bersaiz 6.2 inci HD+ bersama resolusi 720 x 1520 piksel bersama rekaan takuk. Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 450 bersama 2GB RAM dan storan dalaman sebesar 16GB. Ia juga menyertakan sokongan dwi-kamera dengan resolusi 13 MP (f2.2) + 2MP (f/2.4), kamera hadapan 5MP (f/2.2) dan bateri berkapasiti sebesar 4,230mAh.

Baca juga: