
Khas buat korang yang claim RM30 e-Tunai Rakyat menerusi aplikasi Boost! Selain daripada menebus RM30, korang juga boleh menyertai permainan menarik, Ang Pow Challenge – di mana melayakkan korang untuk menerima cashback atau duit syiling.

Sebaik sahaja selesai membuat proses penebusan, korang akan menerima dua (2) Ang Pow di dalam aplikasi Boost secara automatik. Korang perlu memilih untuk menebus / memberinya kepada rakan. Pun begitu, korang akan ‘mati’ dalam permainan sekiranya menebus kedua – dua Ang Pow.

Sekiranya mahu terus ‘hidup’, korang perlu memberikan Ang Pow kedua dengan rakan yang tidak sertai challenge ini. Rakan korang akan menerima Ang Pow tersebut dalam masa 24 jam dan pastikan dia membukanya! So, korang berdua akan menerima 2 Ang Pows baru lagi.

Step ini perlu diulang setiap hari untuk terus hidup dalam permainan. Tapi bagaimana kalau korang ‘mati’ dalam permainan? Jangan risau, korang boleh membelanjakan RM50 untuk menghidupkan semula dan meneruskan permainan. Enjoy! Bestnya!

