OMG! Pelancaran Dying Light 2 Pun Ditunda – Tarikh Baru Akan Dikemas Kini Kemudian!

Dengan dukacitanya diumumkan tarikh pelancaran untuk permainan Dying Light 2 ditunda ke satu tarikh baru. Pada awalnya, permainan ini dikatakan bakal diperkenal pada awal 2020 namun, nampaknya korang perlu menungg dengan lebih lama lagi. Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh pihak Techland menerusi laman Twitter rasmi Dying Light 2.

Penundaan ini berikutan pihak Techland memerlukan sedikit masa untuk meningkatkan lagi kualiti permainan sehingga memenuhi visi mereka sekaligus menyampaikan pengalaman yang terbaik buat semua. Bagaimanapun, pihak Techland juga masih berteka – teki mengenai tarikh baharu dan memaklumkan bahawa sebarang informasi lanjut akan dikongsi pada bulan akan datang.

You might also like