Pemeriksaan Dan Perkhidmatan Percuma Peranti Acer Untuk Mangsa Banjir Penang

Acer Malaysia mengumumkan bahawa mereka yang terkesan dalam bencana banjir lalu boleh menghantar peranti Acer untuk pembaikan secara percuma. Ini bertujuan bagi membantu meringankan beban yang terpaksa dipikul oleh setiap mangsa yang mengalami kerosakan harta benda.

https://www.facebook.com/AcerMalaysia/videos/1719378868080931/

Pelanggan Acer boleh terus ke Highpoint Service Network (HSN) Bayan Baru untuk pemeriksaan. Acer akan memeriksa setiap peranti yang perlu dibaiki tanpa sebarang kos buruh. Pelanggan hanya perlu membayar peralatan yang diganti sahaja.

Jika peranti yang hendak dibaiki tidak boleh diselesaikan, pelanggan akan diberi diskaun 15% untuk produk yang terpilih. Perkhidmatan percuma ini hanya terbuka kepada mangsa banjir di Penang dan ia berlangsung sehingga 31 Disember 2017.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, boleh kunjungi Highpoint Service Network di lokasi 1-2-55, Elit Avenue, Jalan Mayang Pasir 3, Bandar Bayan Baru, 11950, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kedai dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 9 pagi sehingga 6 petang (cuti pada hari umum)

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Acer Malaysia atau dail 1800-88-1288.

You might also like