Xiaomi Redmi Note 5A Prime Berharga RM699 Kini Boleh Dimiliki

Xiaomi yang terkenal dengan peranti pada harga berbaloi kali ini memperkenalkan sebuah lagi model baru iaitu Redmi Note 5A Prime. Peranti yang berada dalam kelas pertengahan-bawah ini dilengkapi ciri-ciri serba boleh pada harga yang mungkin anda pertimbangkan.

Kami juga ada berkongsi dengan anda berkenaan peranti ini beberapa minggu yang lepas. Xiaomi Redmi Note 5A Prime sebuah telefon pintar yang dipertingkatkan, kini ia hadir dengan kamera selfie 16 Megapiksel bersama bantuan LED flash.

Skrin yang lebih luas juga menghasilkan paparan hiburan yang menarik. Bersaiz 5.5 inci, ia adalah sebuah ukuran yang sangat sesuai buat anda yang gemarkan hiburann tontonan.

Melakukan tugasan seperti multi-tasking kini tidak lagi perlahan, kerana Redmi Note 5A Prime didatangkan dengan RAM sebesar 3GB dan cip pemproses Snapdragon 435. Ruang storan 32GB pula boleh diperluaskan dengan kad microSD sehingga 128GB.

Peranti ini mampu bertahan seharian dengan bekalan bateri sebesar 3,080mAh. Sambungan juga lebih mudah dengan adanya dua slot kad SIM. Untuk melengkapkan telefon pintar ini, sebuah kamera 13 Megapiksel pada bahagian belakang dimuatkan selain kaca tahan lasak Corning Gorilla Glass di panel depan.

Xiaomi Redmi Note 5A Prime boleh didapati dengan kemasan emas atau kelabu pada harga RM699 di Mi store Lazada bermula hari ini.

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5A Prime :

  • 5.5” HD 1280 x 720
  • Corning Gorilla Glass
  • Snapdragon 435
  • Android 7.0 Nougat
  • RAM 3GB / ROM 32GB (sehingga 128GB)
  • Kamera 13MP / 16MP Selfie-light
  • 3 slot kad SIM / microSD
  • 3,080mAh
  • Pengimbas cap jari
  • Radio FM
  • Berat 153g
You might also like