Xiaomi Mi MIX 2 Akan Dijual Pada Harga RM2,199 Di Malaysia

Bulan September yang lepas Xiaomi Mi MIX 2 telah dilancarkan di China. Kita juga tahu model Mi MIX yang sebelumnya juga telah menjadi antara peranti yang terawal memperkenalkan skrin hampir penuh di depan.

Bagaimanapun, untuk memeriahkan lagi trend semasa telefon pintar di Malaysia, kedai rasmi atas talian Mi Store di Lazada sedang membuka pra-tempahan untuk model generasi kedua ini. Kali ini, peranti ini dilengkapi dengan perkakasan dalaman yang lebih baik bersama rekaan yang premium.

Xiaomi Mi MIX 2 dilengkapi dengan paparan 18:9 FHD 5.99 inci dengan resolusi 2160 x 1080p. Panel belakang pula menggunakan gelas seramik berkilau bersama bingkai aluminium aloi siri 7000. Di dalamnya pula terdapat cip pemproses Snapdragon 835 dengan RAM sebesar 6GB serta storan seluas 64GB.

Kamera yang disertakan menempatkan sensor 5 Megapiksel di depan sementara kamera utama menggunakan sensor 12 Megapiksel Sony IMX386. Tidak cukup dengan itu, gelung kamera belakang ini lebih mewah dengan salutan emas tulen 18 karat.

Bateri yang menjana keseluruhan peranti ini dibekalkan dengan 3,400mAh juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Xiaomi Mi MIX 2 dijangka akan mendarat di Malaysia pada 16 November depan. Ia boleh ditempah pada harga RM2,199 bermula hari ini di Lazada.

Spesifikasi Xiaomi Mi MIX 2 :

  • 5.99” FHD 2160 x 1080
  • Panel belakang seramik
  • Snapdragon 835 Octa-core
  • Adreno 540 GPU
  • Kamera 12MP / 5MP
  • RAM 6GB / ROM 64GB
  • 3,400mAh Quick Charge 3.0
  • USB Type-C
  • Dwi SIM
  • NFC
  • Global LTE / 43 band
You might also like