
Kini anda boleh mendapatkan telefon pintar vivo V5s dan Y55s dengan harga serendah RM1 atau Percuma dengan melanggan pakej bundel dari Digi atau Maxis. Harga yang disyorkan untuk peranti vivo V5s adalah RM1,299 manakala vivo Y55s pula pada harga RM799.
Digi menawarkan vivo V5s dan Y55s dengan pelan pascabayar sama ada 78/108/138 melalui pembayaran mudah 0% atau mengikut kontrak yang ditetapkan.
| Pelan | P78 | P108 | P138 |
| Komitmen Bulanan | RM78 | RM108 | RM138 |
| vivo V5s | RM569 | RM289 | PERCUMA |
| vivo Y55s | RM329 | RM49 | PERCUMA |
Sementara itu, Maxis juga menawarkan pelan MaxisOne 158 dan 188 kepada pelanggan yang mahukan telefon pintar vivo V5s pada harga RM1 sahaja.


Manakala untuk peranti vivo Y55s akan diberikan secara percuma jika pelanggan berminat untuk membawa pulang dengan kontrak pelan 128/158/188 di Maxis.
| Pelan | MaxisOne 128 | Maxis One 158 | Maxis One 188 |
| Komitmen Bulanan | RM128 | RM158 | RM188 |
| vivo V5s | RM599 | RM1 | RM1 |
| vivo Y55s | RM1 | RM1 | RM1 |
Telefon pintar vivo V5s menfokuskan penggunaan kamera yang mengutamakan kamera hadapan, fungsi Selfie Softlight memberikan anda rakaman gambar seperti berada di studio fotografi profesional. Di samping itu, kapasiti storan boleh ditambah dengan sokongan kad microSD sehingga 256GB.
Anda juga boleh mendapatkan vivo V5s dalam pilihan warna baru Rose Gold yang dilancarkan tempoh hari.

