
vivo Malaysia nampaknya menggunakan Dato Siti Nurhaliza sekali lagi sebagai duta produk terbaru mereka iaitu vivo V5s. Peranti ini menerima sensor jenis IMX376 20 Megapiksel dengan aperture F/2.0 dan ciri Selfie Softlight terkini untuk menghasilkan efek cahaya seperti di dalam studio. Tambahan pula, vivo V5s ini turut hadir dalam mod Face Beauty 6.0 yang akan membantu menyerikan wajah anda mengikut pelbagai keadaan dan situasi.
Di dalam peranti ini juga ditambah dengan mod Group Selfie, fungsi ini membolehkan anda mengambil swafoto secara berkumpulan dalam mod potret, dan juga efek panning landskap panorama boleh digunakan dalam masa yang sama tanpa meninggalkan sesiapa pun.
Kamera belakang pula menerima sebanyak 13 Megapiksel F/2.2 yang menyokong PDAF dan LED flash. Pada sudut paparan pula, ia disediakan dengan saiz berukuran 5.5 inci 720p dengan kaca 2.5 darjah yang melengkung Corning Gorilla Glass. Soal keselamatan tidak perlu bimbang kerana, vivo V5s ini juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang boleh diakses hanya 0.2 saat sahaja.
Kuasa yang disalurkan pula datang daripada cip pemproses MediaTek MT6750 lapan teras dan RAM setinggi 4GB. Perbezaan antara model terdahulu iaitu vivo V5 dan V5s pula, ia telah dinaik taraf daripada 32GB kepada 64GB untuk saiz storan, ini akan menjadikan koleksi gambar anda bertambah tanpa perlu risau tentang storan dalaman.
Dari segi audio pula, vivo V5s ini menerima cip dari AK4376 (DAC) untuk menghasilkan bunyi yang berkualiti tinggi. Sistem operasinya menggunakan FunTouch 3.0 berdasarkan Android 6.0 Marshmallow.
Selain itu, bagi melengkapkan penggunaan vivo V5s ini, ia turut hadir dengan sambungan 4G LTE, dua slot SIM, Wi-Fi, Bluetooth, GPS dan bateri berkapasiti 3000mAh. Pilihan warna terdiri daripada warna Matte Black, Gold dan Rose Gold, ianya boleh di pra-tempah bermula pada 3 Mei 2017 dengan harga jualan RM1,299 (termasuk GST). vivo V5s akan mula berada di pasaran secara rasmi pada 10 Mei 2017.