
Seperti yang anda ketahui, esok adalah hari pelancaran Vivo V5s di pasaran Malaysia. Sebelum itu, kita ketahui apa yang menarik pada peranti Vivo V5s ini…
- Kamera hadapan 20 Megapiksel dengan fungsi Selfie Softlight ini akan memastikan gambar swafoto anda kelihatan lebih natural dan menarik. Didatangkan dengan aperture F/2.0 membolehkan cahaya lebih banyak masuk ke dalam lensa untuk memastikan gambar yang diambil lebih jelas dan terang. Selain itu, rakaman video pula menyokong sehingga 1080p HD penuh, tidak menghalang anda untuk berkongsi video di laman sosial tanpa bimbang mengenai kualiti rakaman.
- Jika dilihat pada saiz storan Vivo V5s yang terbaharu ini pula didatangkan dengan 64GB, ia menerima naik taraf daripada model sebelum ini iaitu 32GB sahaja. Dengan storan yang lebih besar, para pengguna Vivo V5s dapat menyimpan lebih banyak gambar swafoto malah video rakaman yang diambil.
Itu antara ciri-ciri menarik pada V5s yang dapat kami jelaskan, apa-apa pun kami akan terangkan lagi tentang peranti Vivo V5s ini dalam artikel selanjutnya selepas majlis pelancarannya esok. Nantikan ya…